Wednesday, December 14, 2011

salah ke?

assalamualaikum peeps !
haha ..ape mksud entry kali ni ye ??
salah ape ? salah makan ? minum ? mandi ? berak ?
okayy .. itu semua amatlah mengarut ..
maksud ana .. SALAH KE BERCINTE NI ??



ahahaha..comel x? penat tau lukis ni . sorila huduhh ..

okay laa.. becinte ni tak salah wahai cik adek dan cik abg .. sudah tentu korang boleh becinte..TETAPI ..ade syarat dan peraturannye .. hehe .

cinte adelah perasaan semulajadi dan naluri yang ade dalam diri setiap manusie ..sekirenye cinte itu salah..kenape Allah memberi kite naluri cinte ? tentu sekali BOLEH BERCINTE .

bukan seperti Romeo dan Juliet ye ..tetapi persis cinta Nabi Adam dan Hawa, Nabi Yusuf dan Zulaikha , Nabi Muhammad dan Aisyah Humaira

(CINTA YANG SUCI , SYARIAT YANG MEMBATASI , ALLAH MEREDHAI :])

syarat dan peraturan bercinta ni haaa..

1.DAHULUKAN CINTA KEPADA ALLAH
cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya.Allah mencintai kita lebih daripada manusia.Allah tidak penah memberikan kita udara tanpa dikenakan bayaran.Allah tidak pernah lupa memberi kita rezeki dan Allah tidak pernah memberi kita kehidupan.Apabila kita sudah mencintai Allah dengan mengikuti suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya pasti Allah akan memelihara cinta kita kepada manusia.Kan naluri cinta kurniaan Allah?Kalau cinta kepada Allah dah settle, Insya'Allah cinta kita kepada manusia akan mekar mewangi. :)

2.JAGA BATAS-BATAS SYARIAT
boleh pandang2...jangan pegang2 .. dudok renggang2.. bertambah sayang .. biar malu2.. biar segan .. kerana malu itu perisai orang beriman :)

sedap dan indah betol susun kata lirik lagu ni . INGAT ! kalau nak bercinta, wajib bagi kita menjaga batas-batas syariat.Walaupun kita dah bertunang..tu tak bermaksud kita dah dapat greenlight dan tiket percuma untok kita berdua-duaan ek.Rasulullah berkata..
"maka orang ataupun pihak ketiga yang ada bersama ketika mereka berdua-duaan adalah syaitan"
ingat ..jangan berkawan dengan syaitan ekk .

3.CINTA TANPA RACUN
Apa gunanya bercinta kalau tak berdua-duaan,SMS romantik,telefon berjam-jam,berpegangan tangan dan berpelukkan ? Allah melarang kita melakukan perkara ini sebelom berkawin.Cinta sejati lahir daripada kejujuran, perasaan tanggungjawab serta keikhlasan dari hati.Dari mata turun ke hati . Betol tak ? Bukan nye dari mata merayap ke body . haha..ingat sahabat2.. Allah dan para malaikat sentiasa memerhatikan kita walaupun kita sembunyi kat tempat yang sunyi .

4.LELAKI YANG SOLEH UNTOK WANITA YANG SOLEHAH
Allah berkata lam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud,"(lazimnya)perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,dan lelaki-lelaki yang jahat untok perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya)perempuan-perempuan yang baik untok lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untok perempuan-perempuan yang baik"
haaa..macam mana kawan-kawan ?? TEPUK DADA , TANYA IMAN .

5.BERKAHWIN , ANDA ADA BERANI ?
HAA..sekiranya korang tidak menahan gelora nafsu dan bimbang terlanjur melakukan dosa,apa tunggu lagi ? Buatla keputusan untok kawen .Perkahwinan adalah sunnah Nabi Muhammad dan digalakkan oleh agama Islam bagi yang mampu.Perkahwinan akan dapat menyelamatkan kita daripada melakukan maksiat.Perkahwinan yang dibina atas dasar syariat Islam,Insya'Allah akan diberkati Allah sepanjang masa.. apalagi ? jom la ..

AKU TERIMA NIKAH NYA . SEKIAN SEKIAN .

No comments:

Post a Comment