Friday, September 17, 2010

balik!!aktiviti clear!

salam~!!
baru je balik ni..
bosann la dok asama..
ahaa...
tdi kitaorg handle mlm keagamaan...
ermm..
xtaula kalau org yg men tu sronok..
p sronok la bila tgok diorang ktawa..senyom..
bez..lega rase...
insya'Allah..
ana akan terus bangkitkan smangat ppik n naikkan nama ppik kat kolej!
PPIK-PERSaTUAN PELAJAR ISLAM KOLEJ..

LUV PPIK ALWAYS..

Saturday, September 11, 2010

2nd day raya~

ahaa..
2nd day..xbnyak sgt org dtg..
ahhaa
alaa,,.raya ke-4 dh nak balik asama..
xpat nk dok umah..

Friday, September 10, 2010

first Day raya~

salam..
huhuhuu...first day raye ekk??
gilo kau..bZ abes..
bru je nak rehat..ad lagi ttamu yg tmbah..
ahaha..xpela..yg pnting rmah ni meriah..
naseb baek pat cri2 td0 time xde org dtg umah tdi..
tue pun kojap jer..
kwn abg dtg tiMe org sy0k2 td0...
adoo..
ape la..
kasi la resr ckit..
ahaha...mlm ni nak td0 puas2..
xnak duli kat org..haha

Thursday, September 9, 2010

raya!!!

salam..~
ohh yeahh~
esok raya!!
yay yay!
jom g umah kawan2..
ana nak mntak ampun maaf zahir dan batin..

misi raya:-

mkn bnyakk kuihh..
kumpol dwit raya..
ziarah kawan2..
yeayh,..
hope dpt bnyak dwit taon nie..

salam..

Wednesday, September 8, 2010

salam suma!

assalam..
dikesempatan ini..
cewah..macam nak raya lak pulok..
ahhaa...
ana nak mntak maap kat sapa2 yg mngenali diri ana..
ana tau ana ada bnyak buat salah..
ana xsempurna..
so..
maafkan ana..
doakan kejayaan ana mnjawab krtas ujian untok semester 2 ni ekk..
syukran..

salam..~

Tuesday, September 7, 2010

cuti!!

anda tahu ka apa maksud cuti??
cuti ialah rehat bagi ana..
cuti skolah..cuti buat kerja..
p satu prkara yg xakan cuti dlm idup ana..

MLAKUKAN IBADAH..

ahhaa..xlama lg nak msok skolah..
so..ana trpaksa biarkkan blog ni brhabuk lgi..
sori yerr blog ku sayang..
itu sahaja yang dapat ana coretkan..
xda idea dah nie*

okey..slamat brcuti..

salam..(^_^)

salam..;)

ahaha..telah beberapa hari meninggalkan blog..
err..brapa ari gk mok puasa ekk??
xsaba nak raya ni..
nak dwit raya!!
ahaha...seperti yg kita tahu..
kita pasti sebok apabila menjelang raya kan??
jadi ana nak igt kan supaya jgn tggal solat..
se bz2 mana pun..korang xda alasan nak ponteng solat..
kcuali pompuan yg ada alasan la ekk..
(^_^)

Sunday, September 5, 2010

hmm..hayati laaa..

sahabat..
jgnlah kau pntingkan diri..
kerna Allah xsuka akn sifat itu..
jadilah sbaik2 shbt..
kerna syurga blsn nya klak..
jgnlah dkau mgkhianati shbtmu..
Allah psti akn mmbls sgla kjhtan yg kau lkukn..
apbila shbtmu dtmpa ksusahan..
hlurkanlah tgnmu utk mmbntunya..
apbila shbtmu dlm kgmbiraan..
brkongsila brsma kgmbiraan nya..
sygi dn hrgai dia sblum Allah mngmbilnya dr khidupan mu,,

Friday, September 3, 2010

KISAH ANAK BERIBU BAPAKAN KHINZIR

Pemuda beribu bapakan khinzir

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Pengajaran
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.

salam pembaca :)

salam...
ana xtauk nak ckp apa..
juz post je la skati..
bosann sesangat..
xlme g raye..
hati2 tau lau nak men bunga api...
jgn smpai bdn terbelah 2 lak..
ahaha..
k..
harap kesalahan ana terhadap kwn2 di kolej tun datu tuanku haji bujang..
selamat bercuti..slamat ari raye!!

*kwn2..dwit raye ana ad x??ehee

Lailatul Qadr : Malam Misteri yang Dirindui Kedatangannya

LAILATUL QADR???

Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.
Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud:

"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan"

(Surah al-Qadr, ayat 3).

NANTIKAN sambungan ekk..
(^_^)V
~ana muslimah~

nikmat duniA~

Alangkah indahnya hidup ini,
Segala-galanya telah ku miliki,
Kekayaan, kebahagiaan, kesihatan, malah kemewahan,
Apa lagi yang belum ku kecapi,
Subhanallah,
Sungguh agungnya kuasa ilahi.

Namun,
Betapa sedikit aku mengingati-Nya,
Terlalu banyak pula aku terleka olehnya,
Ya Allah,
Betapa hinanya aku di hadapan-Mu.

Ya Allah Ya Rabbi,
Aku tak layak untuk syurga-Mu,
Namun tak sanggup aku,
Terjerumus ke lembah neraka-Mu.

renung renungkan la ekk..
~ana muslimah~