Thursday, December 30, 2010

Hukum Beradik, Kakak, @ Abang Angkat Yg Berlainan Jantina Bagi Perempuan Dan Lelaki.

hmm .. oke ..ana akui .. ana pun prnah ade abg angkat ni .. astagh .. YA ALLAH .. k .. p skrg dh xde .. hehe ..
mengenai hubungan angkat yg dibina antara lelaki & perempuan yg bukan mahram..
sebagai contoh, remaja lelaki menjadikan prempuan sbg adik @kakak angkatnya dan remaja perempuan mnjadikan lelaki sbg adik @ abang angkatnya...
ni jawapan nye ..
Jika sama jantina tidak menimbulkan masalah tetapi akan timbul masalah apabila melibatkan berlainan jantina. Panggilan kakak/ abang itu hanya sebagai 'title' tetapi tak menghalalkan hubungan keakraban seperti kita dan mahram (adik beradik kandung). Bimbang nanti, status abang angkat bertukar menjadi lain dan paling mengharukan membawa kepada perkara- perkara yang bertentangan dengan syara'.

Tak perlulah beradik- abang/ kakak angkat ni. Jika mahu berurusan dengan bukan mahram utk hal yang penting, pastikan tidak ditempat yang sunyi dan berdua- duaan kerana pihak ketiganya adalah syaitan. Niat tidak menghalalkan cara. Walaupun kita menganggap mereka sebatas abang/ kakak/ adik, dari segi hukum mereka tetap ajnabi (orang asing) pada kita dan perlulah menjaga batas- batas pergaulan antara bukan mahram.

renung2 kan la ekk .. ana dh tersilap lngkah dulu .. p skrg insya'Allah ana prbaiki..

1 comment: